Sinopsis Demi Masa (Telefilem)

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Musa (Faizal Hussein) yang diberikan peluang sekali lagi untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain apabila dia dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah yang dilakukan pada masa dahulu.

Disebabkan itu, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran dan perasaan yang menghantuai hatinya tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Bukan itu sahaja, anaknya Muhammad (Umar Shakur) juga sukar untuk menerima Musa sebagai ayahnya.